Info Hunt Challenge MSU Peringkat Sekolah 2018

SMK Puchong Utama 1 telah menyambut baik kedatangan pihak MSU ke sekolah bagi mengadakan aktiviti Info Hunt Challenge. Aktiviti ini diadakan pada 24 Januari 2018 pada peringkat sekolah bagi sesi permulaan. Seramai 16 kumpulan telah mengambil alih aktiviti ini. Aktiviti ini melibatkan 16 kumpulan daripada Tingkatan 4 dan 5.


Tepat pada pukul 2.45 kumpulan pertama yang diketuai oleh Dalili Fahimah telah bergerak ke Checkpoint Pertama yang bertapak di bengkel MPV, sekolah. Terdapat 5 Checkpoint yang terpilih, iaitu Kantin, Pusat Sumber Sekolah, Tempat Menunggu Bas hadapan dan Tempat Menunggu Bas Belakang Sekolah. 

Aktiviti ini berlangsung daripada pukul 2.45 petang-5.30 petang. Seramai 5 kumpulan telah menjuarai Info Hunt Challenge MSU Peringkat Sekolah pada tahun 2018.

Kumpulan 8 memenangi tempat Kelima. Kumpulan 11 pula memenangi tempat Keempat. Seterusnya tempat Ketiga dimenangi oleh kumpulan 15. Tempat Kedua pula dimenangi oleh Kumpulan 9. Johan telah dirangkul oleh Kumpulan 13.

Kumpulan yang berada di tempat pertama dan kedua akan bergabung untuk mewakili sekolah ke Peringkat Daerah untuk pertandingan seterusnya bagi merangkul hadiah lumanyan seperti biasiswa RM20 ribu dan wang tunai RM2 ribu. Aktivi seterusnya akan berlangsung di MSU, Shah Alam. Tahniah diiucapkan kepada para peserta.













Comments

Popular Posts