Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2018 (Dressy and Casual)

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Puchong Utama 1 telah diadakan pada 27 October 2018 di Mtree Hotel, Bandar Puchong Jaya. Dengan bertemakan Dressy And Casual, jamuan ini diadakan bagi meraikan pengawas-pengawas pusat sumber yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program pusat sumber sekolah dan menjadi seorang pengawas yang aktif.

Tema Dressy And Casual ini di pilih kerana ianya menepati citarasa para pengawas dan memudahkan para pengawas mencari pakaian yang bersesuaian untuk jamuan tersebut. Pelbagai jenis pakaian dapat disaksikan di jamuan tersebut. Antaranya ialah blazer, tuxedo dan waistcoat.
 Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Seperti contoh : musical chair, cabutan bertuah dan teka barang. Program ini diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.  Idea berfikir diluar kotak ini telah mendapat respon yang positif daripada kalangan pengawas.


Jamuan ini juga menjadi jamuan perpisahan bagi pengawas pusat sumber tingkatan 5 2018 kerana ianya tahun terakhir bagi mereka untuk menjalankan tugas sebagai seorang pengawas pusat sumber sekolah. Pihak pusat sumber sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas bakti dan jasa yang telah anda sumbangkan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat!
Video di Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber SMK Puchong Utama (1)

Comments

Popular Posts