Skip to main content
PERATURAN PSS
Peraturan Am PPS
- Murid diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
- Murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Murid diminta menulis dalam rekod penggunaan setiap kali masuk ke dalam perpustakaan.
- Murid
tidak dibenarkan membuka atau menutup suis-suis dan mengubah kedudukan
kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Murid
dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan
berhimpun di rak-rak, ruang rehat guru dan kaunter.
- Murid dikehendaki memasuki kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
- Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran TANPA diiring guru matapelajaran.
- Murid dikehendaki meletakkan beg di luar perpustakaan di rak yang disediakan dengan teratur.
- Murid dikehendaki berpakaian kemas baju sekolah atau berbaju PJK atau mana-mana t-shirt yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
- Permainan Dalaman hanya dibenarkan semasa rehat atau masa yang telah ditetapkan.
- Peminjaman hanya dibenarkan semasa rehat atau masa yang telah ditetapkan.
Peraturan Peminjaman Buku
- Setiap pelajar dan guru mesti mempunyai kad ID untuk meminjam buku dan peralatan di Pusat Sumber.
- Peminjaman
bahan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad ID sendiri. Jika
kad ID milik orang lain, peminjaman TIDAK DIBENARKAN.
- Kad ID mesti ditunjukkan kepada Pengawas PSS yang bertugas. Jika kad ID tidak ditunjukkan, peminjaman TIDAK akan dilakukan.
- Pastikan Pengawas PSS yang bertugas menulis tarikh pulang.
- Denda lewat pulang akan dikenakan sebanyak 10 sen sehari.
- Jika bahan yang dipulangkan hilang/rosak, anda mesti membayar/mengganti bahan yang hilang/rosak.
- Renewal serentak dengan tarikh peminjaman tidak dibenarkan. Renewal hanya boleh dibuat sebelum atau pada tarikh pemulangan sahaja.
- Jika
anda hendak memulangkan buku yang dipinjam, pastikan ada pengawas atau
guru yang bertugas. Jangan sesekali meninggalkan bahan di atas kaunter
sirkulasi.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas bahan yang dipinjam.
- Murid hanya dibenarkan meminjam 3 buah buku sahaja pada satu satu masa kecuali Pengawas PSS dan guru.
Comments
Post a Comment