Info Hunt Challenge bersama MSU peringkat sekolah

Pada 8 Mac yang lalu, Pusat Sumber Sekolah dan MSU telah menganjurkan Info Hunt Challenge untuk pelajar sesi pagi.  Seramai 110 orang pelajar telah menyertai program ini tetapi masih ada pelajar yang berminat.  Program ini telah diadakan di sekitar sekolah termasuk perpustakaan SMK Puchong Utama (1).

Program ini telah berjaya mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan memupuk sikap bekerjasama di kalangan pelajar.  Program ini juga telah menguji kemahiran berfikir di luar kotak dalam kalangan pelajar.

Johan dan Naib Johan program ini akan mewakili sekolah ke peringkat akhir di MSU pada 8 Ogos untuk bertanding dengan sekolah-sekolah dari Selangor, Putrajaya dan Melaka.

Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa depan untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk bergembira.




 
HASIL : PUTERA IRMAN

Comments

Popular Posts