Info Hunt Challenge bersama MSU peringkat kebangsaan

Pada 8 Ogos yang lalu, sekolah telah menghantar seramai 12 orang pelajar, seorang pembantu jawatankuasa dan 2 orang guru pengiring untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Info Hunt kebangsaan anjuran MSU.  Pertandingan ini diadakan di kampus MSU Shah Alam.  Program ini bukan sahaja melibatkan pelajar malah guru juga dilibatkan dalam aktiviti.


Hubungan antara peserta sekolah kami dan peserta sekolah lain telah dapat dijalin.  Kenalan lama juga dapat ditemui semula.


Wakil sekolah kami telah berjaya memenangi tempat kedua untuk pertandingan gambar twitter terbaik. Tahniah atas kreativiti mereka.




Semoga pada tahun depan, sekolah dapat menyertai pertandingan ini lagi bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengharumkan nama sekolah.

Comments

Popular Posts