Kursus Motivasi dan Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2016

Kursus Motivasi dan Kepimpinan Pengawas PSS telah diadakan pada 14 Mei 2016 bersama Biro Tata Negara.  Kursus ini dihadiri oleh seramai 153 orang pengawas PSS.

Kursus dibahagikan kepada tiga bahagian.  Bahagian pertama di bawah bimbingan pihak Biro Tata Negara.  Aktiviti melibatkan ice breaking, tasking, menara bangsa, inovasi dan pembentangan.  Pada akhir aktivti pihak Biro Tata Negara telah merumuskan semua aktiviti yang telah dijalankan.


Kursus kemudian disambung dengan aktiviti Running Man di bawah bimbingan AMT PPS. Peserta dibahagikan kepada 11 kumpulan mengikut Sistem Perpuluhan Dewey.  Peserta diuji daripada pelbagai aspek seperti literasi maklumat, kaedah memproses buku, mendengar arahan, kemahiran bercakap dan kerjasama.


Kursus ini telah ditamatkan dengan sesi menjamu selera (BBQ), penyampaian hadiah dan aktiviti membersihkan kawasan aktiviti. Semoga kursus ini dapat dijalankan pada masa hadapan agar dapat melatih dan memberi pengalaman kepada semua PPS.

Comments

Popular Posts