Kem Jejak Pemimpin

Kem Jejak Pemimpin tahun 2016 telah diadakan pada 29 Januari hingga 31 Januari yang lalu.  Kem ini telah dijalankan di Kem PLKN Kuala Kubu Baru dan disertai seramai 100 orang peserta.  Kem ini merupakan kolaborasi bersama Pengawas Sekolah, Skuad HEM dan SMK Syed Mansor, Kuala Kubu Baru. Peserta kem telah mengunjungi Santuari Ikan Sungai Chilling dan Bukit Fraser.

Kem ini dijalankan bertujuan untuk menggalakkan daya kepemimpinan murid dan memupuk kerjasama kumpulan.  Selain itu, kem ini dapat memupuk rasa dihargai dan disayangi oleh organisasi yang dianggotai dalam kalangan peserta.

Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.



Comments

Popular Posts